Cuti.
Yes, hari ni cuti.
Cuti yang special, cuti yang bila pagi korang tak payah terkial kial nak bukak buku lagi.
Yes, cuti yang begitu lah !
Sebab baru je habis exam module, 2 hari lepas.
( Sape yang bukak buku module lagi pagi2 mmg tu lain cerita lah, aku tabik spring lah kat dia kan )
Walaupun hari ni cuti
Aku tetap kena pegi Uni hari ni
Sbb dalam beberapa jam lagi aku nak kena present.
Sepanjang 3 tahun buat assignment memang ni lah paling tah apa2
Dah la tak pernah tunjuk draft or jumpa prof ( prof busy)
Tapi ni lah yang kena bentang
" Role of Serology in Parasitic Infection "
And my part is about Cryptosporidium
Macam mana serologic testing si Crypto ini.
Ok stop malas nak cakap pasal ni dah
Aku rasa macam nak transform jadi parasite dah bila cakap pasal neh.
....................................................
Biasalah menjelang nak balik Mesia neh, habes dah tukar wallpaper.
Dah tak da dah wallpaper bintang2 terukir di langet aku tuh. Sedeh la pulak.
Aku balik 16th July 2012
Sama dengan birthday Ayah & adik lelaki aku.
Ni ha diaa ...Tadaaaa~~~
Ok fine bolok~
wallpaper desktop tukar pun nak kecoh kan ?
Huh tapi biala saya! :p
OK apakah aktiviti post exam kali ni ?
Of course la ke Carrefour hehehe.. Lepas tu makan makan aka sambut befday Erna -housemate- dekat Latino Cafe, Downtown.
My second time pergi sini. First time dulu dengan budak tutorial !
Hehe dan tak ketinggalan kitorang tengok movie jugak pada hari yang sama, tengok The Avengers.
Bagi aku best jugak la cerita ni, but actually expectation aku high la kat citer ni..
Sebab budak budak malaysia duk beriya cakap best.
Tapi bila aku tengok, ermm. boleh la tahan.
Level ke'awesome'an citer ni takda la sampai kalau kau tak tengok mmg kau manusia aneh..
Takde la sampai tahap camtu kot.. Err.
Ok, lepas habis cuti ni kena bersiap sedia, module baru pun dah beli..
Kena bersedia dari segi fizikal & mental.
Kali ni tak tahu lah berapa plak velocity utk module ni..
Biasalah, semua belajar nak rush je skrg..Sampai tak terkejar..
Tapi insyaAllah, boleh3! ( semangat utk diri sendiri!! )
module baru, bila belek2, nampak ada gambar life cycle,
dengan ini disahkan masih ada biography encek parasite di dalamnya.
tahniah diucapkan. -.-
Ok2, nak buat last preparation untuk presentation. Wish me luck yu gaizz. ;)
Bye bye.